Tuesday 6 November 2012

Kord Piano (Major dan Minor)

Anda pasti tahu mengenai muzik, tetapi adakah anda tahu apa itu kord? 

Kord boleh dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu major, minor, diminished dan augmented kord. 

KORD MAJOR
Kord major merupakan kord asas。 Ia bermula dengan C major yang terdiri daripada not C, E dan G. Penjariannya adalah jari pertama, ketiga dan kelima (tangan kanan) dan jari kelima, ketiga dan pertama (tangan kiri). Berikut adalah not-not yang akan main dalam kord major

Kord Asas
C major - C E G
D major - D F# A
E major - E G# B
F major - F A C
G major - G B D
A major - A C# E
B major - B D# F#

Cara pengiraan : 

Contoh : C major
Not pertama (C) ke not kedua (E) - 4 semiton. (Bermula dengan C# - D - D# - E)
Not kedua (E) ke not kelima (G) - e semiton. (Bermula dengan F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord major



KORD MINOR
Kord minor berbunyi aneh daripada kord major. Cara penulisan adalah "m" kecil, iaitu Cm, Dm dan sebagainya. Penjariannya adalah sama dengan kord major tetapi cara bermain adalah berbeza. Berikut adalah contoh-contoh not-not yang akan dimain dalam kord minor

C minor (Cm) - C  Eb  G
D minor (Dm) - D  F  A
E minor (Em) - E  G  B
F minor (Fm) - F  Ab  C
G minor (Gm) - G  Bb  D
A minor (Am) - A  C  E
B minor (Bm) - B  D  F#

Cara pengiraan :

Contoh: C minor (Cm)
Not pertama (C) ke not kedua (Eb) - 3 semiton (Bermula dengan C# - D - Eb)
Not kedua (Eb) ke not kelima (G) - 4 semiton (Bermula dengan E - F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord minor

9 comments: