Saturday 1 December 2012

Persoalan Mengenai Muzik

Sebarang soalan mengenai muzik (pencarian lagu chord etc) bolehlah tinggalkan mesej dalam pos ini.

Any questions about music including searching for chords can leave message in this post. thanks.

Tuesday 27 November 2012

Quotes About Music

Dalam post ini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan mengenai quotes about music.



All music is beautiful - Billy Strayhorn

I don't know anything about music. In my line you don't have to. - Elvis Presley

I need drama in my life to keep making music - Eminem

“One good thing about music, when it hits you, you feel no pain.”  ― Bob Marley

“Those who dance are considered insane by those who cannot hear the music.” ― George Carlin

“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent”  ― Victor Hugo

“This above all: to thine own self be true, 
And it must follow, as the night the day, 
Thou canst not then be false to any man.” ― William ShakespeareHamlet

“And, in the end
The love you take
is equal to the love you make.” ― Paul McCartney

“People haven't always been there for me but music always has.”  ― Taylor Swift

“If I were not a physicist, I would probably be a musician. I often think in music. I live my daydreams in music. I see my life in terms of music.” ― Albert Einstein

“Music gives a soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination and life to everything.” 
― Plato

“Play it fuckin' loud!” ― Bob Dylan

“Music is ... A higher revelation than all Wisdom & Philosophy” ― Ludwig van Beethoven

“Everybody has that point in their life where you hit a crossroads and you've had a bunch of bad days and there's different ways you can deal with it and the way I dealt with it was I just turned completely to music.” ― Taylor Swift

“The only truth is music.” ― Jack Kerouac

“Music . . . can name the unnameable and communicate the unknowable.” ― Leonard Bernstein

“I had a boyfriend who told me I’d never succeed, never be nominated for a Grammy, never have a hit song, and that he hoped I’d fail. I said to him, ‘Someday, when we’re not together, you won’t be able to order a cup of coffee at the fucking deli without hearing or seeing me.” ― Lady Gaga

“A painter paints pictures on canvas. But musicians paint their pictures on silence.” ― Leopold Stokowski

Music can change the world because it can change people - Bono

“Jazz isn't dead. It just smells funny.”― Frank Zappa

Music in the soul can be heard by the universe - Lao Tzu

“Ah, music! A magic far beyond all we do here!” ― J.K. RowlingHarry Potter and the Sorcerer's Stone

“Songs are as sad as the listener.” ― Jonathan Safran FoerExtremely Loud and Incredibly Close

“Music touches us emotionally, where words alone can't.” ― Johnny Depp

“When you make music or write or create, it's really your job to have mind-blowing, irresponsible, condomless sex with whatever idea it is you're writing about at the time. ” ― Lady Gaga

“Music is the universal language of mankind.” ― Henry Wadsworth Longfellow


Life is like a piano. The white keys represent happiness, the black keys show sadness. But as you go through life’s journey, remember that the black keys make music too - motivational quotes
Life is like playing a piano. You need to use all the keys be it black or white to make beautiful music. Happiness, sadness all things in life will always come in pair and both sides prove beneficial as you go along in your journey. Happiness provides satisfaction and resolution, sadness on the other hand provides perseverance and strength. - motivational quotes
Remember that life is not always the way we want it to be. At times you are playing a perfect tune but other times you’re not playing good melodies. These are the times when you have to find the right pitch, the right keys and the right timing.  These are life’s challenges. Accept them and for sure you’ll be playing a perfect  concerto. - motivational quotes
“Music is the great uniter. An incredible force. Something that people who differ on everything and anything else can have in common.” ― Sarah DessenJust Listen
“I like beautiful melodies telling me terrible things.”― Tom Waits
“Where words fail, music speaks.”  Hans Christian Andersen

“Well my music was different in high school; I was singing about love—you know, things I don't care about anymore.”― Lady Gaga
“The music is not in the notes, but in the silence between.” ― Wolfgang Amadeus Mozart
“You are a firework!” ― Katy Perry

“If you cannot teach me to fly, teach me to sing.”― J.M. BarriePeter Pan

“Music is the strongest form of magic.” ― Marilyn Manson

Latihan Menaip JianPu

Berikut disertakan dengan 3 buah lagu. Rakan-rakan boleh mencuba menaipkan dalam JianPu.

1) Marry Had A Little Lamb

(Menaip Right Hand Sahaja)


2) Old MacDonald

3) Baa Baa Black Sheep



Setelah siap bolehlah berkongsi di sini atau email kepada saya untuk memberi komen

davidleong881206@hotmail.com

Cara Menggunakan Jian Pu

Setelah memasang font JianPu ke dalam fail Font, kita bolehlah bermula menggunakannya.

1) Buka Microsoft Word, tukarkan Font ke SimpErhuFont



2) Gambar berikut merupakan cara menaip JianPu


Oleh kerana Font tersebut merupakan Font kecil, namun, para pengguna bolehlah memperbesarkan font dengan memilih dengan kesesuaian sendiri.

Berikut disertakan dengan link untuk muat turun contoh JianPu

http://simperhu.weebly.com/uploads/2/8/8/5/2885231/simperhuscores.zip


Perisian Komputer Jian Pu (muat turun) 簡譜下載

Saya pasti bahawa banyak orang akan bertanya di manakah boleh saya membeli atau muat turun perisian membuat Jian Pu ini?

Jangan risau. Saya telah mencari perisiannya dan ia adalah PERCUMA! Saya akan menerangkan cara-cara muat turun.

1) Klik link tersebut untuk muat turun 

http://download.cnet.com/SimpErhu/3000-2190_4-10806173.html   (Versi Inggeris)

http://down.tech.sina.com.cn/content/41659.html  (Versi Cina)

*Jangan risau, tiada virus dikesan semasa muat turun!

2) Tunggu ia muat turun

3) Buka fail dan ia akan menunjukkan contoh seperti berikut:



4) Start -> Control Panel -> Font



5) Tarik SimpErhuFont.ttf ke dalam fail Font

6) Habis! =)


*Perisian ini hanya menyokong Windows 98 atau Microsoft Word 2003 dan ke bawah sahaja. 

*Cadangan: hanya menarik FONT ke dalam fail FONT dalam CONTROL PANEL

簡譜 Jian Pu (Pengenalan / Introduction)

Apakah itu "Jian Pu" (簡譜)?

Jian Pu merupakan salah satu car untuk merekod dan menulis not. Ia digunakan secara meluas dalam Orkestra Cina. Ia adalah sama dengan sistem notasi barat (mempunyai baluk) dengan mempunyai cara membaca yang sama.

Jian Pu mempunyai simbol utama, iaitu 1234567 yang masing-masing mewakili sistem notasi CDEFGAB atau Do Re Mi Fa So La Ti/Si.

Jian Pu Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), seorang ahli pemikir, falsafah, pendidik dan penulis yang terkenal di Perancis. Beliau mencipta sistem ini adalah untuk memudahkan kita membaca not daripada mengira not-not tersebut di dalam sistem baluk. 


Berikut adalah contoh Jian Pu pada kedudukan piano.


Jikalau terdapat satu titik di bawah nombor bermaksud ia adalah di bawah middle C

Jikalau terdapat satu titik di atas nomber bermaksud ia adalah di atas middle C

Middle C tidak mempunyai titik dan hanya mempunyai nombor sahaja.

Friday 9 November 2012

Latihan Mengenai Inversi (Inversion Exercise)

Teka apakah kord serta kedudukannya dalam inversi.
Guess the chord and the inversion

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)



Jawapan Answers
1) A minor, root position
2) E minor, 2nd invesion
3) C major, 1st inversion
4) C minor, 1st inversion
5) F major, 2nd inversion
6) F minor, 2nd inversion
7) G major, 1st inversion
8) G minor, root position

Chord Inversions (Basic Chords)


Mungkin kita telah bermain lama dan bosan mengenai kord-kord asas. Kita hendak mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk memberi muzik kita dengan lebih bersinar dan berwarana serta hasil bunyinya lebih sedap dan merdu.

Maka, kita akan bermain kord-kord tersebut dalam inversi (inversion)

Kord triad terdiri daripada 3 not yang masing-masing mempunyai interval 3rd.


Untuk mendapatkan inversions, gambar berikut menerangkan cara-cara mendapatkannya.
Contoh: Kord C Major

Root position merupakan kord yang kita biasa mainkan. Untuk dapatkan 1st inversion, maka not C akan dipindahkan ke tempat paling atas (1 oktaf) dan menjadikannya. Ia bermula dengan not C, E dan G (root position) dan diikuti dengan not E, G dan C (1st inversion). Not-not yang asal dalam kord C major dikekalkan dengan mengubah kedudukan di dalamnya.


Untuk mendapatkan 2nd inversion, kedudukan not E dalam 1st inversion pada tempat paling bawah dipindahkan ke satu oktaf atas. Not-not dalam 2nd inversion diambil dari 1st inversion dan bukan daripada root position. Maka dalam 1st inversion, not-not E, G dan C akan dijadikan kepada G, C dan E (2nd inversion)

Berikut adalah senarai-senarai kord asas serta inversinya.

MAJOR CHORDS

C major
Root position: C, E, G
1st inversion: E, G, C
2nd inversion: G, C, E

D major
Root position: D, F#, A
1st inversion: F#, A, D
2nd inversion: A, D, F#

E major
Root position: E, G#, B
1st inversion: G#, B, E
2nd inversion: B, E, G#

F major
Root position: F, A, C
1st inversion: A, C, F
2nd inversion: C, F, A

G major
Root position: G, B, D
1st inversion: B, D, G
2nd inversion: D, G, B

A major







Root position: A, C#, E
1st inversion: C#, E, A
2nd inversion: E, A, C#

B major
Root position: B, D#, F#
1st inversion: D#, F#, B
2nd inversion: F#, B, D#


MINOR CHORDS

C minor

Root position: C, Eb, G
1st inversion: Eb, G, C
2nd inversion: G, C, Eb

D minor
Root position: D, F, A
1st inversion: F, A, D
2nd inversion: A, D, F

E minor
Root position: E, G, B
1st inversion: G, B, E
2nd inversion: B, E, G

F minor
Root position: F, Ab, C
1st inversion: Ab, C, F
2nd inversion: C, F, Ab

G minor
Root position: G, Bb, D
1st inversion: Bb, D, G
2nd inversion: D, G, Bb

A minor
Root position: A, C, E
1st inversion: C, E, A
2nd inversion: E, A, C

B minor
Root position: B, D, F#
1st inversion: D, F#, B
2nd inversion: F#, B, D






Tuesday 6 November 2012

Kord Piano (Major dan Minor)

Anda pasti tahu mengenai muzik, tetapi adakah anda tahu apa itu kord? 

Kord boleh dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu major, minor, diminished dan augmented kord. 

KORD MAJOR
Kord major merupakan kord asas。 Ia bermula dengan C major yang terdiri daripada not C, E dan G. Penjariannya adalah jari pertama, ketiga dan kelima (tangan kanan) dan jari kelima, ketiga dan pertama (tangan kiri). Berikut adalah not-not yang akan main dalam kord major

Kord Asas
C major - C E G
D major - D F# A
E major - E G# B
F major - F A C
G major - G B D
A major - A C# E
B major - B D# F#

Cara pengiraan : 

Contoh : C major
Not pertama (C) ke not kedua (E) - 4 semiton. (Bermula dengan C# - D - D# - E)
Not kedua (E) ke not kelima (G) - e semiton. (Bermula dengan F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord major



KORD MINOR
Kord minor berbunyi aneh daripada kord major. Cara penulisan adalah "m" kecil, iaitu Cm, Dm dan sebagainya. Penjariannya adalah sama dengan kord major tetapi cara bermain adalah berbeza. Berikut adalah contoh-contoh not-not yang akan dimain dalam kord minor

C minor (Cm) - C  Eb  G
D minor (Dm) - D  F  A
E minor (Em) - E  G  B
F minor (Fm) - F  Ab  C
G minor (Gm) - G  Bb  D
A minor (Am) - A  C  E
B minor (Bm) - B  D  F#

Cara pengiraan :

Contoh: C minor (Cm)
Not pertama (C) ke not kedua (Eb) - 3 semiton (Bermula dengan C# - D - Eb)
Not kedua (Eb) ke not kelima (G) - 4 semiton (Bermula dengan E - F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord minor

Wednesday 24 October 2012


Muzik India - Sarangi dan Tanpura

Lagu: Mohabbatein Love Themes

Muzik Melayu - Nongga - Gamelan KISAS (Gema Gamelan Waqafan)



Gamelan - muzik tradisional dari Indonesia, biasanya dari pulau Jawa dan Bali

Contoh satu sesi latihan bermain gamelan

Muzik Cina - Hua Yue

Murid-murid dari Pin Hwa High School mempersembahkan lagu tradisional kaum Melayu "Rasa Sayang" dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional Cina, "Hua Yue" 華樂

Tarikh:13 Jun 2009
Tempat: Dewan Berhawa Dingin Pin Hwa High School

Mengapakah Muzik Penting dalam Kehidupan Kita?

Dalam kehidupan harian kita, kita tidak boleh dipisahkan dengan muzik. Muzik merupakan satu bentuk seni, di mana ia boleh menentukan tahap pencapaian mana-mana satu tamadun. Ia boleh membezakan tingkah laku antara manusia

Berikut merupakan sebab-sebab kita memerlukan muzik dalam kehidupan kita.

1. Mempelajari satu kemahiran 

Muzik merupakan satu bidang kemahiran  yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran serta cara berfikir yang akan berubah dari semasa ke semasa serta dari tempat ke tempat. Ia bukan sahaja dapat menghiburkan diri sahaja, malah intelek seseorang insan tersebut juga dapat diperkembangkan.


2. Mewarisi budaya 


Muzik dapat memberi satu imej yang tersendiri yang dapat membantu sifat keunikan budaya masing-masing. Contohnya "Hua Yue" dapat mewakili muzik kaum Cina, caklempong dapat mewakili muzik kaum Melayu serta Thumri dapat mewakili muzik kaum Tamil.

3. Mencungkil bakat 

Sejak kecil lagi, Pendidikan Muzik diajar di dalam sekolah. Guru-guru memainkan peranan yang penting untuk mencungkil bakat murid-murid supaya dapat mencapai objektif FPK. Bakat-bakat yang terpendam di kalangan pelajar hendaklah dicungkil. Kemahiran-kemahiran yang akan diajar semasa Pendidikan Muzik adalah kemahiran linguistik atau psikomotor. Adalah benar bahawa murid-murid mempunyai bakat-bakat seni yang tersendiri.

4. Meluahkan perasaan melalui saluran yang betul

Ia merupakan satu saluran bagi kita meluahkan perasaan kita secara cara yang sihat. Berbanding daripada menggunakan dadah, minum arak dan sebagainya.  Ia dapat mengimbangkan JERIS seseorang insan tersebut. Ia dapat memperlihatkan ideantiti seseorang tersebut. 

5. Menghubungkan manusia dengan alam

Melalui belajar muzik, kita dapat memahami sifat sendiri dari aspek perhubungan antara manusia dengan sendiri, manusia dengan alam serta ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga boleh belajar budaya lain melalui muzik.

6. Membina keyakinan diri

Mata pelajaran Pendidikan Muzik dapat dilihat sebagai satu peluang di mana kita dapat membuat persembahan dan mendapatkan sokongan serta ketentuan daripada rakan-rakan, guru-guru serta orang lain. Ia dapat membentuk satu sikap positif tentang keyakinan diri bagi setiap pelajar. Ia tidak tertumpu kepada mata pelajaran kognitif sahaja, malah ia menggabungjalinkan hubungan antara mata pelajaran tersebut. Pelajar harus belajar mengimbangkan diri dalam bidang afektif dan bidang kognitif. 

7. Menghayati muzik

Kita dapat menghayati muzik melalui pelbagai jenis cara. Salah satu cara ialah kita dapat mengenali budaya dan tamadun dari bangsa serta negara lain. Peluang ini adalah kurang dan ia tidak diajar secara formal di persekolahan. Contohnya apabila kita mengkaji muzik di negara Afrika, kita dapat mengetahui alat muzik yang digunakan di negara tersebut, jenis muzik, rentak, unsur keunikan muzik di negara tersebut dan sebagainya. Adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk mempelajari satu muzik lain dari luar negara.



 Sumber dari: The School Music Program: Descriptions and Standards (Reston, Virginia: MENC, Edisi Ke-2, 1986)