Tuesday 27 November 2012

簡譜 Jian Pu (Pengenalan / Introduction)

Apakah itu "Jian Pu" (簡譜)?

Jian Pu merupakan salah satu car untuk merekod dan menulis not. Ia digunakan secara meluas dalam Orkestra Cina. Ia adalah sama dengan sistem notasi barat (mempunyai baluk) dengan mempunyai cara membaca yang sama.

Jian Pu mempunyai simbol utama, iaitu 1234567 yang masing-masing mewakili sistem notasi CDEFGAB atau Do Re Mi Fa So La Ti/Si.

Jian Pu Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), seorang ahli pemikir, falsafah, pendidik dan penulis yang terkenal di Perancis. Beliau mencipta sistem ini adalah untuk memudahkan kita membaca not daripada mengira not-not tersebut di dalam sistem baluk. 


Berikut adalah contoh Jian Pu pada kedudukan piano.


Jikalau terdapat satu titik di bawah nombor bermaksud ia adalah di bawah middle C

Jikalau terdapat satu titik di atas nomber bermaksud ia adalah di atas middle C

Middle C tidak mempunyai titik dan hanya mempunyai nombor sahaja.

No comments:

Post a Comment