Friday, 9 November 2012

Chord Inversions (Basic Chords)


Mungkin kita telah bermain lama dan bosan mengenai kord-kord asas. Kita hendak mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk memberi muzik kita dengan lebih bersinar dan berwarana serta hasil bunyinya lebih sedap dan merdu.

Maka, kita akan bermain kord-kord tersebut dalam inversi (inversion)

Kord triad terdiri daripada 3 not yang masing-masing mempunyai interval 3rd.


Untuk mendapatkan inversions, gambar berikut menerangkan cara-cara mendapatkannya.
Contoh: Kord C Major

Root position merupakan kord yang kita biasa mainkan. Untuk dapatkan 1st inversion, maka not C akan dipindahkan ke tempat paling atas (1 oktaf) dan menjadikannya. Ia bermula dengan not C, E dan G (root position) dan diikuti dengan not E, G dan C (1st inversion). Not-not yang asal dalam kord C major dikekalkan dengan mengubah kedudukan di dalamnya.


Untuk mendapatkan 2nd inversion, kedudukan not E dalam 1st inversion pada tempat paling bawah dipindahkan ke satu oktaf atas. Not-not dalam 2nd inversion diambil dari 1st inversion dan bukan daripada root position. Maka dalam 1st inversion, not-not E, G dan C akan dijadikan kepada G, C dan E (2nd inversion)

Berikut adalah senarai-senarai kord asas serta inversinya.

MAJOR CHORDS

C major
Root position: C, E, G
1st inversion: E, G, C
2nd inversion: G, C, E

D major
Root position: D, F#, A
1st inversion: F#, A, D
2nd inversion: A, D, F#

E major
Root position: E, G#, B
1st inversion: G#, B, E
2nd inversion: B, E, G#

F major
Root position: F, A, C
1st inversion: A, C, F
2nd inversion: C, F, A

G major
Root position: G, B, D
1st inversion: B, D, G
2nd inversion: D, G, B

A major







Root position: A, C#, E
1st inversion: C#, E, A
2nd inversion: E, A, C#

B major
Root position: B, D#, F#
1st inversion: D#, F#, B
2nd inversion: F#, B, D#


MINOR CHORDS

C minor

Root position: C, Eb, G
1st inversion: Eb, G, C
2nd inversion: G, C, Eb

D minor
Root position: D, F, A
1st inversion: F, A, D
2nd inversion: A, D, F

E minor
Root position: E, G, B
1st inversion: G, B, E
2nd inversion: B, E, G

F minor
Root position: F, Ab, C
1st inversion: Ab, C, F
2nd inversion: C, F, Ab

G minor
Root position: G, Bb, D
1st inversion: Bb, D, G
2nd inversion: D, G, Bb

A minor
Root position: A, C, E
1st inversion: C, E, A
2nd inversion: E, A, C

B minor
Root position: B, D, F#
1st inversion: D, F#, B
2nd inversion: F#, B, D






Tuesday, 6 November 2012

Kord Piano (Major dan Minor)

Anda pasti tahu mengenai muzik, tetapi adakah anda tahu apa itu kord? 

Kord boleh dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu major, minor, diminished dan augmented kord. 

KORD MAJOR
Kord major merupakan kord asas。 Ia bermula dengan C major yang terdiri daripada not C, E dan G. Penjariannya adalah jari pertama, ketiga dan kelima (tangan kanan) dan jari kelima, ketiga dan pertama (tangan kiri). Berikut adalah not-not yang akan main dalam kord major

Kord Asas
C major - C E G
D major - D F# A
E major - E G# B
F major - F A C
G major - G B D
A major - A C# E
B major - B D# F#

Cara pengiraan : 

Contoh : C major
Not pertama (C) ke not kedua (E) - 4 semiton. (Bermula dengan C# - D - D# - E)
Not kedua (E) ke not kelima (G) - e semiton. (Bermula dengan F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord major



KORD MINOR
Kord minor berbunyi aneh daripada kord major. Cara penulisan adalah "m" kecil, iaitu Cm, Dm dan sebagainya. Penjariannya adalah sama dengan kord major tetapi cara bermain adalah berbeza. Berikut adalah contoh-contoh not-not yang akan dimain dalam kord minor

C minor (Cm) - C  Eb  G
D minor (Dm) - D  F  A
E minor (Em) - E  G  B
F minor (Fm) - F  Ab  C
G minor (Gm) - G  Bb  D
A minor (Am) - A  C  E
B minor (Bm) - B  D  F#

Cara pengiraan :

Contoh: C minor (Cm)
Not pertama (C) ke not kedua (Eb) - 3 semiton (Bermula dengan C# - D - Eb)
Not kedua (Eb) ke not kelima (G) - 4 semiton (Bermula dengan E - F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord minor

Wednesday, 24 October 2012


Muzik India - Sarangi dan Tanpura

Lagu: Mohabbatein Love Themes

Muzik Melayu - Nongga - Gamelan KISAS (Gema Gamelan Waqafan)



Gamelan - muzik tradisional dari Indonesia, biasanya dari pulau Jawa dan Bali

Contoh satu sesi latihan bermain gamelan

Muzik Cina - Hua Yue

Murid-murid dari Pin Hwa High School mempersembahkan lagu tradisional kaum Melayu "Rasa Sayang" dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional Cina, "Hua Yue" 華樂

Tarikh:13 Jun 2009
Tempat: Dewan Berhawa Dingin Pin Hwa High School

Mengapakah Muzik Penting dalam Kehidupan Kita?

Dalam kehidupan harian kita, kita tidak boleh dipisahkan dengan muzik. Muzik merupakan satu bentuk seni, di mana ia boleh menentukan tahap pencapaian mana-mana satu tamadun. Ia boleh membezakan tingkah laku antara manusia

Berikut merupakan sebab-sebab kita memerlukan muzik dalam kehidupan kita.

1. Mempelajari satu kemahiran 

Muzik merupakan satu bidang kemahiran  yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran serta cara berfikir yang akan berubah dari semasa ke semasa serta dari tempat ke tempat. Ia bukan sahaja dapat menghiburkan diri sahaja, malah intelek seseorang insan tersebut juga dapat diperkembangkan.


2. Mewarisi budaya 


Muzik dapat memberi satu imej yang tersendiri yang dapat membantu sifat keunikan budaya masing-masing. Contohnya "Hua Yue" dapat mewakili muzik kaum Cina, caklempong dapat mewakili muzik kaum Melayu serta Thumri dapat mewakili muzik kaum Tamil.

3. Mencungkil bakat 

Sejak kecil lagi, Pendidikan Muzik diajar di dalam sekolah. Guru-guru memainkan peranan yang penting untuk mencungkil bakat murid-murid supaya dapat mencapai objektif FPK. Bakat-bakat yang terpendam di kalangan pelajar hendaklah dicungkil. Kemahiran-kemahiran yang akan diajar semasa Pendidikan Muzik adalah kemahiran linguistik atau psikomotor. Adalah benar bahawa murid-murid mempunyai bakat-bakat seni yang tersendiri.

4. Meluahkan perasaan melalui saluran yang betul

Ia merupakan satu saluran bagi kita meluahkan perasaan kita secara cara yang sihat. Berbanding daripada menggunakan dadah, minum arak dan sebagainya.  Ia dapat mengimbangkan JERIS seseorang insan tersebut. Ia dapat memperlihatkan ideantiti seseorang tersebut. 

5. Menghubungkan manusia dengan alam

Melalui belajar muzik, kita dapat memahami sifat sendiri dari aspek perhubungan antara manusia dengan sendiri, manusia dengan alam serta ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga boleh belajar budaya lain melalui muzik.

6. Membina keyakinan diri

Mata pelajaran Pendidikan Muzik dapat dilihat sebagai satu peluang di mana kita dapat membuat persembahan dan mendapatkan sokongan serta ketentuan daripada rakan-rakan, guru-guru serta orang lain. Ia dapat membentuk satu sikap positif tentang keyakinan diri bagi setiap pelajar. Ia tidak tertumpu kepada mata pelajaran kognitif sahaja, malah ia menggabungjalinkan hubungan antara mata pelajaran tersebut. Pelajar harus belajar mengimbangkan diri dalam bidang afektif dan bidang kognitif. 

7. Menghayati muzik

Kita dapat menghayati muzik melalui pelbagai jenis cara. Salah satu cara ialah kita dapat mengenali budaya dan tamadun dari bangsa serta negara lain. Peluang ini adalah kurang dan ia tidak diajar secara formal di persekolahan. Contohnya apabila kita mengkaji muzik di negara Afrika, kita dapat mengetahui alat muzik yang digunakan di negara tersebut, jenis muzik, rentak, unsur keunikan muzik di negara tersebut dan sebagainya. Adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk mempelajari satu muzik lain dari luar negara.



 Sumber dari: The School Music Program: Descriptions and Standards (Reston, Virginia: MENC, Edisi Ke-2, 1986)