Kord boleh dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu major, minor, diminished dan augmented kord.
KORD MAJOR
Kord major merupakan kord asas。 Ia bermula dengan C major yang terdiri daripada not C, E dan G. Penjariannya adalah jari pertama, ketiga dan kelima (tangan kanan) dan jari kelima, ketiga dan pertama (tangan kiri). Berikut adalah not-not yang akan main dalam kord major
Kord Asas
C major - C E G
D major - D F# A
E major - E G# B
F major - F A C
G major - G B D
A major - A C# E
B major - B D# F#
Cara pengiraan :
Contoh : C major
Not pertama (C) ke not kedua (E) - 4 semiton. (Bermula dengan C# - D - D# - E)
Not kedua (E) ke not kelima (G) - e semiton. (Bermula dengan F - F# - G)
*pengiraan yang sama bagi kord major
KORD MINOR
Kord minor berbunyi aneh daripada kord major. Cara penulisan adalah "m" kecil, iaitu Cm, Dm dan sebagainya. Penjariannya adalah sama dengan kord major tetapi cara bermain adalah berbeza. Berikut adalah contoh-contoh not-not yang akan dimain dalam kord minor
C minor (Cm) - C Eb G
D minor (Dm) - D F A
E minor (Em) - E G B
F minor (Fm) - F Ab C
G minor (Gm) - G Bb D
A minor (Am) - A C E
B minor (Bm) - B D F#
Cara pengiraan :
Contoh: C minor (Cm)
Not pertama (C) ke not kedua (Eb) - 3 semiton (Bermula dengan C# - D - Eb)
Not kedua (Eb) ke not kelima (G) - 4 semiton (Bermula dengan E - F - F# - G)
*pengiraan yang sama bagi kord minor
Muzik memang sesuatu yang unik.....
ReplyDeleteI love the piano key.... is very beautiful
ReplyDeletepenerangan yang jelas
ReplyDeletewao!!! awesome !!!
ReplyDeleteclear explanation... thanks a lot!
ReplyDeleteWah, canggih blog cikgu ini, ada video.
ReplyDeletevery good, keep it up!
ReplyDeleteVery nice!!~
ReplyDeleteIt's very helping Me to know much about how to improve more knowledge in playing piano's instruments.😁"Xie Xie"
ReplyDeleteRespect and that i have a keen present: How Much For House Renovation Uk home addition cost
ReplyDelete